berkualiti, berkhasiat dan meyakinkan..hmm..

GaNOdErMa

Ganoderma Lucidium ialah nama saintifik bagi Ling Zhi. Ganoderma dalam bahasa Cina dikenali sebagai Ling Zhi manakalanya Reishi dalam bahasa Jepun. Ganoderma Lucidium merupakan sejenis cendawan daripada famili Polyoraceae. Ganoderma Lucidium merupakan jamur kayu yang konon sudah ribuan tahun deketahui memiliki khasiat ubat. Mulai dari batuk hingga kanser baisa mencapai 2.000ppm dan polisakarida. Kedua-dua unsur ini diyakini sebagai zat ajaib penangkal pelbagai penyakit.

Menurut Sistem Pengklasifikasi Fungsi Ainsworth {1973}, Ganoderma Lucidium tergolong dalam Basidiomycotina, Hymenomycetes, Holobasidiomycetiddae, Aphyllophorales atau Polyporals. Ganodermatacea Ganoderma. Genus cendawan ini ialah Ganoderma dan selain spesies Lucidium, terdapat beberapa spesies lain daripada genus ini Contohnya Ganoderma Lucudium (merah), Ganoderma Applanatum (perang), Ganoderma Tsugae (merah), Ganoderma Sinense (unggu), Ganoderma Oregonense (perang tua).

JENIS-JENIS GANODERMA

GANODERMA LUCIDIUM

Ganoderma Lucidium merupakan sejenis spesies Ling Zhi yang paling dikenali. Ia digunakan secara meluas untuk mengatasi masalah kesihatan. Ganoderma mempunyai ciri-ciri seperti mempunyai tangkai yang panjang, memiliki badan yang berkilat dan berwarna perang seperti buah berangan, galuran serta spora yang seperti berkalat jelas kesihatan, spora-spora tersebut dibebaskan melalui liang-liang yang berwarna putih atau perang yang pudar.

Ganoderma ini paling banyak digunakan sebagai ubat kerana mengandungi bahan aktif germanium organik hingga 2.000ppm dan terdiri daripada 6 kultivar yang dapat dibedakan dari bentuk spora dan warna tubuh,buah kuning, hijau, putih, hitam dan unggu.

GANODERMA APPLANATUM

Ia merupakan Ling Zhi yang terulung dalam legenda ialah cendawan yang tidak mengandung tangkai yang tumbuh di serata dunia malah pernah mencatat rekod berat sebanyak 12 paun.

GANODERMA TSUGAE

Ia kelihatan seakan-akan G.Lucidium melainkan permukaan cendawannya kelihatan lebih berkilat dan berwarna jingga-kemerahan yang terang.

GANODERMA OREGONENSE

Namanya yang membayangkan segolongan masyarakat tempatan di bahagian barat Amerika Utara. Ia tidak dikaji untuk aktiviti perubatan dan ia diberikan tanggapan bahawa mempunyai sifat-sifat yang seakan-akan spesies yang lain.

KANDUNGAN KIMIA DAN NILAI PERUBATAN

Di dalam teori perubatan tradisional cina, Ganoderma adalah antara kumpulan teratas.Ganoderma dapat memelihara kesihatan keseluruhan, awet muda dan ia tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan biarpun diambil untuk jangka masa yang panjang. Penyelidikan perubatan moden turut membuktikan bahawa Ganoderma bukan penawar segala penyakit, tetapi peranan utamanya adalah untuk membantu memulihkan fungsi organ dalam badan yang hilang keseimbangan, seolah-olah Ganoderma dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Melalui Analisis Saintifik Moden, Terdapat 200 Elemen Aktif Di Dalam Ganoderma.

A)Triterpenoids: Menolong meningkatkan sistem penghadaman, mengurangkan kolesterol dan lemak neutral di dalam badan. Ia juga efektif kerana dapat mengurangkan kesakitan, membuang bahan toksik dan lain-lain.

B)Adenosin: Tahap kolestrol rendah dan kurang lemak. Melancarkan peredaran darah, mengawal metabolisme dan justeru itu anda kekal sihat dan bertenaga.

C)Polisakarida: Membantu membersihkan toksin yang tersimpan didalam badan, menguatkan daya keupayaan pemulihan badan, mengubah sel tidak normal kepada sel normal, meningkatkan sitem kalis (imun) badan sekaligus memelihara kesihatan keseluruhan.

Telah dikenal pasti bahawa ia dapat mengubati kebanyakan penyakit repiratori seperti asma kronik, bronkitis dan masalah sinus. Satu kajian telah dijalankan di China pada tahun 1970-an, di mana 2000 pesakit bronkitis diberi sirap Ling Zhi dalam bentuk pil selama dua minggu. Keputusan yang didapati ialah 60 – 90% menunjukkan pemulihan penyakit tersebut termasuk selera makan bertambah baik. Ujian di Jepun pula menunjukkan pemulihan 50 – 90%.

Pada umumnya selain penyakit-penyakit di atas, Ling Zhi dipercayai dapat mengatasi masalah kesihatan seperti kolestrol yang tinggi, insomnia, diabetes, masalah hati, arthiris dan melegakan kesakitan.

Walaupun Ling Zhi telah digunakan sebanyak 300 kali dalam dos yang direkomenkan tetapi kesan toksik masih tidak dapat diperhatikan. Pengambilan Ling Zhi pada permulaannya akan menyebabkan rasa pening, sengal tulang, kulit bermasalah, cirit-birit atau sembelit. Ini merupakan tanda bahawa toksin telah dibersihkan dari badan. Apabila semua toksin dibersihkan dari badan, keadaan tersebut akan pulih dan tidak akan wujud lagi.

HABITAT

Ramai orang mengetahui tentang kesan Ganoderma, tetapi hanya segelintir sahaja menyedari bahawa Ganoderma memerlukan persekitaran yang panas dan lembap, suhu antara 26 – 27 darjah Celsius untuk tumbuh. Justeru itu, banyak Ganoderma yang tumbuh liar di hutan Malaysia.

Sebenarnya Ganoderma mudah ditemui di sekitar lingkungan kita, ia biasa dilihat tumbuh pada pohon yang masih hidup ataupun yang sudah mati. Biasanya paling banyak ditemui tumbuh pada tanaman angsana ( Pterocarpus Indica ) atau kenari ( Canarium Commune ) seperti yang dinyatakan oleh seorang peneliti Ganoderma Cecep Suryana di Kebun Raya Bogor. Kadang kala Ganoderma juga ada pada tanaman palem ( Palmae ).

Daripada hasil penelitian Kebun Raya Bogor selama 4 tahun akhirnya menyimpulkan bahawa Ganoderma Enedemik tumbuh pada tanaman yang masih hidup. Cecep Suryana juga menyatakan bahawa sifat hidup ia yang epitit, kita biasa perhatikan pada bahagian bawah setiap pohon yang ditumbuhi Ganoderma anggota kelas Basidiomycetes itu perlahan – lahan akan lapuk.

Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan Ganoderma yang tumbuh semulajadi manusia terpaksa memanjat tinggi ke atas gunung dan menjelajah ke dalam hutan rimba yang tebal demi mendapatkan cendawan yang misteri ini. Tetapi pada zaman teknologi yang moden ini, manusia tidak perlu lagi bersusah payah untuk mendapatkannya. Dengan adanya teknologi moden kejuruteraan-bio, kini ia telah ditanam secara komersildi dalam rumah hijau di kebanyakan negara seperti China, Jepun dan Amerika Syarikat.

0 comments:

Post a Comment

#sesiapa yang berminat hubungi@sms saya :
017-5422145
# anda juga boleh email :
s112608@student.uum.edu.my

Terima Kasih....
Powered By Blogger